Assalamualaikum dan sejahtera,
Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada anda bukan. Jadi selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.
Anda semua pasti tertanya-tanya bukan, siapa yang berusia 2 hari tu?!.. Siap dah dapat payment pulak tu. Sebenarnya itu adalah usia sebuah blog yang diusahakan oleh saudara Wanmus.
Apa?!.. Tak kenal?!..hmmm…
Baiklah disini saya akan kongsikan sedikit siapakah Wanmus. Nama Wanmus adalah asas daripada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan. Anak muda kelahiran Besut, Terengganu ini adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu.
Saya pernah berchating dengan beliau bertanya beliau tentang penglibatan beliau dalam dunia Internet Marketing ini. Beliau katakan, beliau terpaksa menempuh pahit maung dalam perniagaan internet ini selama 2 tahun sebelum beliau kecapi apa yang beliau dapat sekarang ini..huh!!
Tapi anda lihat sendirilah hasilnya, dari hasil pembelajaran beliau tanpa henti dalam perniagaan internet ini, beliau dapat hasilkan sesuatu yang diluar jangkaan orang, malah beliau sendiri tidak percaya akan perkara yang berlaku terhadap blog beliau yang berusia 2 hari itu.
Anda pula bagaimana, sudah percaya?!… Jika masih lagi tidak percaya anda boleh tengok screen shot yang saya ambil dari blog beliau dibawah ni..
Sekarang sudah percaya bukan. Tapi macam mana Wanmus buat ek?!. Sesuatu yang agak mustahil sebenarnya ni. Sedangkan blog saya yang berusia 5 bulan ni pun belum mendatangkan apa-apa hasil kepada saya. Malu juga rasanya ni. Mungkin inilah yang dikatakan BLOG PRO. Sememangnya tidak ada yang mustahil dalam dunia internet ni kan.
Jadi kalau anda semua nak tahu bagaimana saudara Wanmus menghasilkan duit dengan blog yang berusia 2 hari tu. Tanya saja pada Saudara Wanmus, beliau seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Saya yakin beliau pasti akan menjawab setiap soalan anda, Walaupun jawapan yang keluar dari mulut beliau adalah “Saya tak tahu”.. ;p
Itu juga sebahagian dari jawapankan..hehe~ ( Gurauan Ramadhan ) Yang pasti beliau tidak akan membisu. Jadi Klik link kat bawah ni untuk mengetahui rahsia Blog 2 hari beliau k.
Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment
P.S : Kalau anda nak tahu, Wanmus juga adalah pemilik kepada Jomhosting.net, asasminisite.com dan juga myekamus.com
Popularity: 15% [?]
















hehehe..insyallah saya akan cuba menjawab jika saya tahu..tapi kalau tak tahu, memang saya tak tahu
huhu~~.. Tengok tu. Mesti terjawab punya soalan anda. Bro wanmus sendiri yang cakap tu…
Pastinya ada rahsia yang tersingkap disebalik blog Wanmus
yup… Rahsia hasil usaha bro Wanmus… Hmmm.. Rasa2 bro Wanmus pernah menghadiri Seminar Bro Ijad kot…