Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian, apa khabar anda semua sekarang?!. Harap-harap sihat la ye. Saya rasa dah hampir sebulan saya tak update blog ini. Rasa rindu sangat-sangat pada blog ni. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan proses di sebalik tabir penghasilan Peel Away Ads ( anda boleh lihat pada bahagian atas kanan blog ini ).
Banyak perkara yang perlu lakukan, saya pun tak tahu macam mana tergerak hati saya untuk menghasilkan Peel Away Ads tersebut. Mungkin disebabkan cemburu melihat blog-blog otai yang mempunyai iklan seperti itu kot. ;-p . Memang saya seorang yang cemburu melihat orang lebih dari saya. Mak saya cakap bagus juga cemburu ni tapi yang baik-baik saja la. Boleh la mencipta situasi bersaing yang sihat. Betul tak?!..
Baiklah untuk post saya kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda pahit getir yang saya lalui dalam menghasilkan Peel Away Ads ini. Pada mulanya saya ingin mengupah orang untuk menghasilkan Peel Away Ads ini untuk saya. Namun begitu setelah berfikir sejenak, saya merasakan untuk buat sendiri Peel Away Ads tersebut. Jadi bermulalah pencarian script Peel Away Ads di Google. Berpuluh-puluh script saya download, kemudian saya cuba pasang pada themes blog saya. Pasang punya pasang punya pasang ( “berapa banyak pasang daaa” kata Do Re Mi ) saya masih lagi menemui jalan buntu kerana iklan saya masih lagi belum muncul di FireFox ( FF ) ataupun Internet Explorer ( IE ). Ketika ini saya hampir berputus asa, bayangkanlah, bermacam-macam yang saya lakukan yang memakan masa berminggu namun hasilnya masih lagi zero ( kosong ). Kecewa dan hampir berputus asa ketika itu, tapi saya kuatkan semangat saya untuk mencuba sekali lagi. Kali ini saya akan lakukan dengan berhati-hati, saya pun mula setting script sekali lagi. Saya memasukkan link-link pada script dengan berhati-hati. Saya memasukkan beberapa perkara pada themes blog saya. Setelah siap semuanya..BOOOMMM!!! Keluar sudah iklan saya. Gembira tak terhingga saya. Namun kegembiraan saya tidak bertahan lama, ketika saya buka menggunakan FireFox iklan saya masih lagi tidak kelihatan. Adusss!! Saya kembali sedih ( tapi tak la banyak sangat ).
Saya berfikir, kenapa iklan saya tak keluar pada FireFox. Saya pun pergi la melawat ke sebuah laman blog tersebut ( laman blog mat saleh ). Saya tengok punya tengok, saya dapat ilham macam mana nak jelmakan iklan saya di FireFox. Kini mula pula kerja saya yang baru, denga hasil kreativiti saya, saya akan hasilkan iklan yang lebih interaktif dan dapat menarik pelawat blog saya untuk hoverkan mouse mereka pada Peel Away Ads saya. Alhamdulillah setelah beberapa try and error, saya berjaya hasilkan peel away ads saya sendiri tanpa perlu mengupah designer pada harga yang saya tidak mampu.
Kini Peel Away Ads saya dapat berfungsi dengan baik pada IE dan FF. Alhamdulillah.
Saya rasa cukup setakat ini dulu post saya pada kali ini. Post saya ini bukan untuk menutup periuk nasi penyedia-penyedia perkhidmatan ini, saya sekadar ingin berkongsikan pengalaman saya sahaja. Jika ada silap dan salah saya mohon maaf.
P.S : Terdapat beberapa teknik/cara yang saya rahsiakan disini. Ini adalah kerana, saya bercadang untuk hasilkan produk ini dalam masa terdekat. Jika anda bersetuju, sila tinggalkan komen anda disini. Jika anda tidak bersetuju tolong nyatakan sebab anda. Terima kasih..
Popularity: 16% [?]














