Selamat Datang Ke Blog Perniagaan Internet.

Ajaib – Usia Baru 2 hari Tapi dah Dapat Payment

Monday, September 14th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan sejahtera,

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada anda bukan. Jadi selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Anda semua pasti tertanya-tanya bukan, siapa yang berusia 2 hari tu?!.. Siap dah dapat payment pulak tu. Sebenarnya itu adalah usia sebuah blog yang diusahakan oleh saudara Wanmus.

Apa?!.. Tak kenal?!..hmmm…

Baiklah disini saya akan kongsikan sedikit siapakah Wanmus. Nama Wanmus adalah asas daripada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan. Anak muda kelahiran Besut, Terengganu ini adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu.

Saya pernah berchating dengan beliau bertanya beliau tentang penglibatan beliau dalam dunia Internet Marketing ini. Beliau katakan, beliau terpaksa menempuh pahit maung dalam perniagaan internet ini selama 2 tahun sebelum beliau kecapi apa yang beliau dapat sekarang ini..huh!!

Tapi anda lihat sendirilah hasilnya, dari hasil pembelajaran beliau tanpa henti dalam perniagaan internet ini, beliau dapat hasilkan sesuatu yang diluar jangkaan orang, malah beliau sendiri tidak percaya akan perkara yang berlaku terhadap blog beliau yang berusia 2 hari itu.

Anda pula bagaimana, sudah percaya?!… Jika masih lagi tidak percaya anda boleh tengok screen shot yang saya ambil dari blog beliau dibawah ni..

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

Sekarang sudah percaya bukan. Tapi macam mana Wanmus buat ek?!. Sesuatu yang agak mustahil sebenarnya ni. Sedangkan blog saya yang berusia 5 bulan ni pun belum mendatangkan apa-apa hasil kepada saya. Malu juga rasanya ni. Mungkin inilah yang dikatakan BLOG PRO. Sememangnya tidak ada yang mustahil dalam dunia internet ni kan.

Jadi kalau anda semua nak tahu bagaimana saudara Wanmus menghasilkan duit dengan blog  yang berusia 2 hari tu. Tanya saja pada Saudara Wanmus, beliau seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Saya yakin beliau pasti akan menjawab setiap soalan anda, Walaupun jawapan yang keluar dari mulut beliau adalah “Saya tak tahu”.. ;p

Itu juga sebahagian dari jawapankan..hehe~ ( Gurauan Ramadhan ) Yang pasti beliau tidak akan membisu. Jadi Klik link kat bawah ni untuk mengetahui rahsia Blog 2 hari beliau k.

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

P.S : Kalau anda nak tahu, Wanmus juga adalah pemilik kepada Jomhosting.net, asasminisite.com dan juga myekamus.com

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Perkhidmatan Minisite Termurah 2009

Tuesday, August 25th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar?! Saya harap sihat-sihat hendaknya. Kalau ada yang tak sihat tu, cepat-cepat pergi dapatkan rawatan ok. Saya rasa tidak terlambat untuk saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat anda. Bulan puasa merupakan bulan yang paling-paling baik untuk kita melakukan ibadah, kerana kita akan mendapat berlipat-lipat ganjaran dari-Nya. Jadi marilah kita bersama-sama tingkatkan amal ibadat kita sepanjang bulan Ramadhan ini. ( bulan lain pun buat la juga ok.. ;-p ).

Perkhidmatan membina minisite

Perkhidmatan membina minisite

Tujuan saya menulis kali ini adalah untuk memperkenalkan kepada anda semua perkhidmatan terbaru dari saya. Saya baru saja siapkan laman web mini (Minisite) untuk perkhidmatan saya ini. Saya namakan kedai saya sebagai Pari2Kreatif, disini saya menyediakan perkhidmatan membina minisite, banner, eCover, setup script affiliate dan lain-lain lagi. Boleh dikatakan saya masih lagi baru dalam bidang ini dan saya masih lagi mempelajari ilmu-ilmu baru dari OTAI diluar sana. Jadi saya minta tunjuk ajarku sifu daripada OTAI-OTAI yang membaca post ini. Mungkin ini adalah dari sebahagian daripada pembelajaran saya.

Baiklah berbalik pada perkhidmatan saya, semperna kedatangan bulan ramadhan dan juga semperna pelancaran kedai Pari2Kreatif ini, Saya menawarkan Tawaran hebat untuk anda iaitu anda boleh dapatkan minisite serendah RM40.00, dan juga potongan harga sehingga sehingga 40% untuk tempahan minisite dari Pari2Kreatif. Murah bukan, tentu anda berasa takut dengan kualiti kerja dari saya. Anda jangan risau kerana saya sentiasa menjaga kualiti kerja saya. Harga promosi ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan perkhidmatan saya ini dan juga khas untuk beberapa orang saya.

Jadi kini anda tidak lagi perlu memikirkan mengenai minisite produk anda, kerana anda boleh dapatkan minisite serendah RM40.00 di Pari2Kreatif. Saya yakin sesiapapun mampu memilikinya. Jadi untuk tidak membuatkan nama anda berada disenarai menunggu terlalu lama. Saya sarankan anda tempah minisite dari kami sekarang!!. Kami hanya mengambil satu tempahan pada satu-satu masa.

Saya rasa setakat ini dulu post saya untuk kali ini. Jadi cepat dapatkan minisite pada harga tak masuk akal dari Pari2Kreatif sekarang. Semoga jumpa lagi. Salam Ramadhan sekali lagi buat anda.

Tempah Sekarang!!

P.S : Promosi ini InsyaAllah akan dihadkan kepada beberapa orang sahaja. Cepat Tempah Sekarang!!
P.P.S : Saya akan berikan anda beberapa barang menarik di post akan datang. Apa kata anda isi email di ruangan “Jangan Lepaskan Update Dari Saya” di sebalah kanan anda. ;D

Popularity: 14% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Adakah FOREX juga satu perniagaan internet?!

Monday, August 17th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada pembaca-pembaca Blog Perniagaan Internet. Kali ini saya lebih nak membincangkan mengenai FOREX. Adakah forex ini juga salah satu dari perniagaan internet. Apa yang saya nak tulis sekejap lagi adalah pandangan dari mata saya saja ok. Kalau saya salah tolong betulkan.

Terlebih dahulu, jika anda tidak tahu apa itu forex anda boleh baca artikel disini

Bagi saya, forex juga merupakan salah satu perniagaan internet dimana kita menguruskan tukaran matawang asing. Kita mengawal segala tukaran matawang dengan sendiri, tanpa orang tengah. Bagi saya itu adalah salah satu perniagaan dimana kita berniaga nilai matawang. Tapi saya ada juga merasa hairan kenapa ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa FOREX itu haram. Sedangkan saya pernah melihat satu video di YouTube yang mengatakan FOREX itu halal.

Anda lihat video diatas dan anda nilailah.

Berbalik pada tajuk kita. Adakah anda setuju, jika saya mengatakan bahawa FOREX ini juga salah satu perniagaan internet?!.. Saya pon masih lagi samar-samar. Berikan pendapat anda ok.

P.S : Team ProperForex akan mengadakan satu Kursus Forex kepada peminat Forex. Untuk keterangan lanjut klik link dibawah.

Kursus Forex Dengan Yuran Yang Paling Minimum

Popularity: 17% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

eBook Percuma Buat Duit Di Internet Untuk Anda

Sunday, May 31st, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
============================================
Perhatian :

Jika anda tiada masa nak baca celoteh saya, boleh terus eBook percuma Buat Duit Di Internet download dengan Klik Disini 

============================================
Baiklah sudah banyak ebook yang saya baca. Ada yang PERCUMA, ada yang berbayar. Yang berbayar ada yang kualitinya tak seberapa. Yang percuma, ada yang kualitinya mengalahkan yang berbayar.

Kini, khusus buat pembaca blog ini, saya ingin berkongsikan 3 (ya, TIGA!)buah ebook berbahasa Melayu. Adakah saya katakan ianya PERCUMA ?

Ya, ianya PERCUMA. ebook-ebook ini ditulis oleh IM tempatan yang sememangnya tidak perlu saya perkenalkan lagi iaitu Saudara Raja Kamil.

Raja Kamil atau nickname online beliau RK, ada kongsikan 3 buah ebook mengenai PENGALAMAN SEBENAR beliau menghasilkan duit secara online atau lebih tepat lagi buat duit di internet.

3 Ebook beliau ialah :
1. Ikan Kecil Ikan Besar – ebook berkaitan motivasi
2. Langkah mudah tukar sampah jadi duit -  cara buat duit dengan barang2 rosak
3. 3 Cara Buat Duit Dengan Blog – dengan blog pun boleh buat duit? Tak pecaya?, Bacalah !!!

Download Disini Sekarang!!

Saya rasa cukup untuk hari ini. Anda baca eBook percuma tu. Anda praktikkan dan anda lihatlah hasilnya sendiri. ;-D

P.S : Saya dalam rangka menyiapkan Video tutorial Membina Minisite..Bagi pembeli Pakej Grafik Turbo Saya akan berikan pada anda secara percuma. Jadi pada sesiapa yang masih belum dapatkan Pakej Grafik Turbo anda boleh dapatkan sekarang kerana harganya bakal dinaikkan selepas ini.

Popularity: 100% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

© 2009-2010 Blog Perniagaan Internet All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera