Selamat Datang Ke Blog Perniagaan Internet.

Ajaib – Usia Baru 2 hari Tapi dah Dapat Payment

Monday, September 14th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan sejahtera,

Saya rasa masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat berpuasa kepada anda bukan. Jadi selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi.

Anda semua pasti tertanya-tanya bukan, siapa yang berusia 2 hari tu?!.. Siap dah dapat payment pulak tu. Sebenarnya itu adalah usia sebuah blog yang diusahakan oleh saudara Wanmus.

Apa?!.. Tak kenal?!..hmmm…

Baiklah disini saya akan kongsikan sedikit siapakah Wanmus. Nama Wanmus adalah asas daripada nama wan mohd musyris…beliau seorang pelajar di UTM Skudai dan mengambil Ijazah (Master) Kejuruteraan Mekanikal selepas tamat Ijazah Sarjana Mudanya (Degree) juga di UTM dengan jurusan Kejuruteraan Mekanikal-Major Kejuruteraan Bahan. Anak muda kelahiran Besut, Terengganu ini adalah pengasas syarikat Wanmus Technologies (JM0499956-W) yang beribu pejabat di JB dan cawangan di Terengganu.

Saya pernah berchating dengan beliau bertanya beliau tentang penglibatan beliau dalam dunia Internet Marketing ini. Beliau katakan, beliau terpaksa menempuh pahit maung dalam perniagaan internet ini selama 2 tahun sebelum beliau kecapi apa yang beliau dapat sekarang ini..huh!!

Tapi anda lihat sendirilah hasilnya, dari hasil pembelajaran beliau tanpa henti dalam perniagaan internet ini, beliau dapat hasilkan sesuatu yang diluar jangkaan orang, malah beliau sendiri tidak percaya akan perkara yang berlaku terhadap blog beliau yang berusia 2 hari itu.

Anda pula bagaimana, sudah percaya?!… Jika masih lagi tidak percaya anda boleh tengok screen shot yang saya ambil dari blog beliau dibawah ni..

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

Sekarang sudah percaya bukan. Tapi macam mana Wanmus buat ek?!. Sesuatu yang agak mustahil sebenarnya ni. Sedangkan blog saya yang berusia 5 bulan ni pun belum mendatangkan apa-apa hasil kepada saya. Malu juga rasanya ni. Mungkin inilah yang dikatakan BLOG PRO. Sememangnya tidak ada yang mustahil dalam dunia internet ni kan.

Jadi kalau anda semua nak tahu bagaimana saudara Wanmus menghasilkan duit dengan blog  yang berusia 2 hari tu. Tanya saja pada Saudara Wanmus, beliau seorang yang tidak lokek dengan ilmu. Saya yakin beliau pasti akan menjawab setiap soalan anda, Walaupun jawapan yang keluar dari mulut beliau adalah “Saya tak tahu”.. ;p

Itu juga sebahagian dari jawapankan..hehe~ ( Gurauan Ramadhan ) Yang pasti beliau tidak akan membisu. Jadi Klik link kat bawah ni untuk mengetahui rahsia Blog 2 hari beliau k.

Blog Usia 2 Hari Dah Dapat Payment

P.S : Kalau anda nak tahu, Wanmus juga adalah pemilik kepada Jomhosting.net, asasminisite.com dan juga myekamus.com

Popularity: 15% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Perkhidmatan / Servis Peel Away Ads

Sunday, July 12th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian, apa khabar anda semua sekarang?!. Harap-harap sihat la ye. Saya rasa dah hampir sebulan saya tak update blog ini. Rasa rindu sangat-sangat pada blog ni. Sejak kebelakangan ini saya terlalu sibuk dengan proses di sebalik tabir penghasilan Peel Away Ads ( anda boleh lihat pada bahagian atas kanan blog ini ).

Banyak perkara yang perlu lakukan, saya pun tak tahu macam mana tergerak hati saya untuk menghasilkan Peel Away Ads tersebut. Mungkin disebabkan cemburu melihat blog-blog otai yang mempunyai iklan seperti itu kot. ;-p . Memang saya seorang yang cemburu melihat orang lebih dari saya. Mak saya cakap bagus juga cemburu ni tapi yang baik-baik saja la. Boleh la mencipta situasi bersaing yang sihat. Betul tak?!..

Baiklah untuk post saya kali ini, saya ingin berkongsikan dengan anda pahit getir yang saya lalui dalam menghasilkan Peel Away Ads ini. Pada mulanya saya ingin mengupah orang untuk menghasilkan Peel Away Ads ini untuk saya. Namun begitu setelah berfikir sejenak, saya merasakan untuk buat sendiri Peel Away Ads tersebut. Jadi bermulalah pencarian script Peel Away Ads di Google. Berpuluh-puluh script saya download, kemudian saya cuba pasang pada themes blog saya. Pasang punya pasang punya pasang ( “berapa banyak pasang daaa” kata Do Re Mi ) saya masih lagi menemui jalan buntu kerana iklan saya masih lagi belum muncul di FireFox ( FF ) ataupun Internet Explorer ( IE ). Ketika ini saya hampir berputus asa, bayangkanlah, bermacam-macam yang saya lakukan yang memakan masa berminggu namun hasilnya masih lagi zero ( kosong ). Kecewa dan hampir berputus asa ketika itu, tapi saya kuatkan semangat saya untuk mencuba sekali lagi. Kali ini saya akan lakukan dengan berhati-hati, saya pun mula setting script sekali lagi. Saya memasukkan link-link pada script dengan berhati-hati. Saya memasukkan beberapa perkara pada themes blog saya. Setelah siap semuanya..BOOOMMM!!! Keluar sudah iklan saya. Gembira tak terhingga saya. Namun kegembiraan saya tidak bertahan lama, ketika saya buka menggunakan FireFox iklan saya masih lagi tidak kelihatan. Adusss!! Saya kembali sedih ( tapi tak la banyak sangat ).

Saya berfikir, kenapa iklan saya tak keluar pada FireFox. Saya pun pergi la melawat ke sebuah laman blog tersebut ( laman blog mat saleh ). Saya tengok punya tengok, saya dapat ilham macam mana nak jelmakan iklan saya di FireFox. Kini mula pula kerja saya yang baru, denga hasil kreativiti saya, saya akan hasilkan iklan yang lebih interaktif dan dapat menarik pelawat blog saya untuk hoverkan mouse mereka pada Peel Away Ads saya. Alhamdulillah setelah beberapa try and error, saya berjaya hasilkan peel away ads saya sendiri tanpa perlu mengupah designer pada harga yang saya tidak mampu.

Kini Peel Away Ads saya dapat berfungsi dengan baik pada IE dan FF. Alhamdulillah.

Saya rasa cukup setakat ini dulu post saya pada kali ini. Post saya ini bukan untuk menutup periuk nasi penyedia-penyedia perkhidmatan ini, saya sekadar ingin berkongsikan pengalaman saya sahaja. Jika ada silap dan salah saya mohon maaf.

P.S : Terdapat beberapa teknik/cara yang saya rahsiakan disini. Ini adalah kerana, saya bercadang untuk hasilkan produk ini dalam masa terdekat. Jika anda bersetuju, sila tinggalkan komen anda disini. Jika anda tidak bersetuju tolong nyatakan sebab anda. Terima kasih..

Popularity: 16% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Rahsia Menjana Pendapatan Dengan Auto Blog Telah Ditemui..

Wednesday, May 13th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Anda semua apa khabar?!… Harap-harap sihat lah k. Untuk post kali ini saya cuma nak kongsikan dengan anda Cara Menjana pendapatan dengan auto blog. Sememangnya kita semua tahu blog merupakan medium yang perlu kita ada untuk kita memulakan perniagaan internet. Blog juga merupakan cabang untuk anda buat duit di Internet.

Klik sini untuk maklumat lanjut

Ya..Anda mampu buat duit di internet dengan hanya berblog. Tapi anda perlu tahu kaedah yang betul untuk buat duit menggunakan blog ini. Untuk pengetahuan anda, salah seorang usahawan internet di Malaysia, telah mencipta satu teknik untuk kita mengAuto kan isi kandungan blog kita. Ia dinamakan Rahsia auto blog

 

Produk ini sememangnya sesuai untuk anda membina auto blog untuk blog anda. Bagi saya ini juga merupakan salah satu cabang perniagaan internet dan cabang untuk anda buat duit di internet.

Klik sini untuk maklumat lanjut

P/S : Klik segera anda akan dapat tawaran misteri dari mereka.

Popularity: 33% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Menggunakan blog direktori untuk mengiklankan blog

Tuesday, May 12th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Asslamulaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda satu lagi tip untuk mengiklankan blog anda untuk menarik banyak lagi traffic ke blog anda. Ianya adalah di Blog direktori.

Jika anda inginkan lebih ramai pelawat melawat blog anda, di internet mempunyai banyak blog direktori yang boleh anda summitkan blog anda yang akan membuatkan pelawat akan melawat blog anda. Kebanyakkan blog direktori akan menglistkan mengikut topic blog yang disummit.

Blog Catalog adalah salah satu blog direktori percuma yang menawarkan kategori seperti pekerjaan, penulisan, dan pelbagai lagi. Disini mereka akan menawarkan tawaran kepada sesiapa yang summit blog mereka di sana.

Satu lagi tempat adalah blog-direktori.org. Disini mereka menyenaraikan mengikut kategori dan juga sub-kategori, disini pasti ada yang akan mereview blog anda. Untuk blog yang popular, mereka akan tunjukkan jumlah hits blog. Selain menyenaraikan blog mengikut kategori, mereka juga menyenaraikan blog mengikut lokasi anda.

Ini adalah diantara blog direktori yang ada di internet. Sememangnya blog direktori merupakan satu platform yang baik untuk mengiklankan blog-blog anda dan mendapat kawan baru juga. Anda tidak akan pernah tahu apa yang anda akan jumpa sewaktu anda mengexlpore melalui direktori, dan pastinya anda akan menjumpai sesuatu yang anda sendiri tidak pernah tahu. Sesetengah dari blog direktori menyediakan kemudahan chatting, jadi semestinya anda akan akan mendapat berkenalan dengan blogger lain dengan mudah.

Secara kesimpulannya, blog direktori adalah satu tempat yang baik untuk anda mengiklankan blog, dan satu tempat yang sesuai unruk membuatkan blog anda mendapat perhatian dan seterusnya akan membawa pelawat ke blog anda.

P/S : Anda boleh cadangkan beberapa blog directory lagi untuk dikongsikan disini.

Popularity: 22% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

Forum tempat terbaik untuk mengiklankan blog.

Sunday, May 10th, 2009

Free Domain. Just Fill Form Below

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post kali ini saya akan kongsikan bersama anda  tips bagaimana untuk mengiklankan blog anda. Pengiklanan ini anda boleh lakukan secara percuma. Bukannya iklan berbayar.

Tips #1

Mengiklankan blog diforum.

Salah satu tempat yang paling baik untuk anda mengiklankan blog adalah di forum. Tidak kira lah apa jenis blog yang anda ada. Ia juga adalah satu tempat dimana anda boleh berjumpa dengan blogger-blogger lain.

Terdapat banyak forum yang anda boleh sertai di internet, antaranya ialah duitmania.com/forum. Disini anda boleh memperkenalkan blog anda, mereview blog lain ataupun blog anda direview. Ada juga dikalangan blogger dan IM memberikan beberapa tool yang berguna untuk anda guna di blog anda.

Satu lagi tempat ialah wangcyber/forum, ianya sama seperti duitmania, mempunyai tempat untuk anda market dan memperkenalkan blog anda.

Untuk pengetahuan anda, forum merupakan tempat yang baik untuk mengiklankan blog anda adalah kerana setiap pelawat disitu mempunya satu pemikiran ataupun mindset yang sama dan hendak buatkan blog mereka diketahui dan dibaca.

Jika anda menggunakan blog anda untuk untuk mengiklankan suatu benda untuk dijual ataupun anda mahu mendapatkan traffic yang berganda di blog anda, dengan kata lain untuk buat duit, anda seharusnya pergi ke tempat dimana dimana blog anda akan mendapat perhatian daripada orang di sekeliling anda.

Cuma satu nasihat kepada anda dan diri saya sendiri, jika kita ingin menertai sesebuah forum dan kita hendak membuat post. Kita haruslah membaca dulu peraturan yang ditetapkan oleh mereka. Dengan cara ini kita akan rahu bahawa apa yang kita lakukan itu adalah betul dan tidak ingkar dengan peraturan mereka.

Saya rasa cukup dulu untuk hari ini. Saya harap anda telah mendapat maklumat yang anda kehendaki.

P/S : Ini merupakan tips yang pertama. Nantikan tips seterusnya di blog ini. Disini semuanya percuma. Ya!!! saya akan kongsikan dengan anda secara percuma.

P/P/S : Untuk memudahkan anda, apa kata anda menjadi sebahagian subcriber newsletter saya, agar anda menjadi orang yang pertama membaca posting dari saya. ( Tiada paksaan disini.. ;-p )

Popularity: 25% [?]

Share and Enjoy:
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • NewsVine
  • Reddit
  • StumbleUpon
  • YahooMyWeb
  • Google Bookmarks
  • Yahoo! Buzz
  • TwitThis
  • Live
  • LinkedIn
  • Pownce
  • MySpace
  • Share/Bookmark

© 2009-2010 Blog Perniagaan Internet All Rights Reserved -- Copyright notice by Blog Copyright

WordPress SEO fine-tune by Meta SEO Pack from Poradnik Webmastera